Jumaat, 19 Oktober 2007

PETIKAN SEJARAH BORIA DI P. PINANG

MAHANI MUSA USM P. PINANG MENULIS.....

KLIK LENGKAP

Boria Sebagai Saluran Merekrut Ahli Baru
Hasrat kerajaan untuk menyaksikan kegiatan kongsi gelap di negeri itu berkuburnya nampaknya tidak tercapai. Kegiatan tersebut di kalangan orang Cina mahupun Melayu masih berterusan namun dalam keadaan yang lebih tertutup untuk mengelakkan pengawasan polis. Kawalan ketat kerajaan ke atas kongsi Cina sebenarnya turut meninggalkan kesan kepada kongsi gelap Melayu. Mereka kini kehilangan penaung. Kegiatan kongsi Melayu kelihatan hilang arah dan muncul dalam berbagai bentuk di akhir abad ke-19, daripada kegiatan samseng jalanan hinggalah kepada permusuhan di tanah perkuburan dan perpecahan di masjid. Penyamaran ini berterusan sehingga abad ke-20 menerusi penubuhan kelab-kelab bolasepak untuk mengaburi mata pihak berkuasa.Tulisan tentang boria telah banyak dihasilkan setakat ini. Namun peranan boria sebagai saluran memperkembangkan kegiatan kongsi gelap Melayu tidak banyak diperkatakan. Permainan ini dipercayai lahir daripada perarakan oleh orang Muslim Shiah sewaktu bulan Muharram. Mereka membentuk kumpulan yang menyanyikan lagu-lagu ratapan sebagai mengenang kembali peristiwa kematian Saidina Husin di peperangan Karbala pada hari ke-10 bulan Muharram sewaktu menentang Yazid bin Muawiyah. Corak sambutan yang aman ini tidak kekal lama kerana selepas itu ia mula dipergunakan oleh ahli kongsi gelap Melayu sebagai medan untuk tunjuk siapa lebih handal. Vaughan pernah menyaksikan bagaimana kumpulan muzik yang terdiri daripada anak-anak muda ini bertindak di luar batasan dan menganggu orang lain yang benar-benar ingin menyambut sambutan tersebut. Mereka bukan sahaja mengubah sambutan tersebut kepada pesta sukaria namun juga menjadi medan pertumpahan darah. Perubahan ini dapat dikesan melalui lagu-lagu yang dinyanyikan yang bukan lagi berunsur ratapan tetapi lebih kepada cabar mencabar untuk membangkitkan kemarahan pihak lawan.

Kawalan kerajaan selepas Rusuhan Pulau Pinang 1867 menjadikan boria sebagai saluran penting untuk meneruskan kegiatan Bendera Putih dan Bendera Merah. Boria menjadi saluran mendapatkan ahli-ahli baru*(23). Setiap kawasan yang terlibat dalam kumpulan Bendera menubuhkan pasukan boria masing-masing. Boria melambangkan prestij dan pengaruh ketika itu. Sesebuah kampung atau mukim yang tidak mempunyai kumpulan boria dianggap memalukan*(24). Peluang untuk bergerak juga lebih cerah kerana kerajaan melihat boria sebagai suatu bentuk budaya. Malah ia begitu diminati bukan sahaja oleh orang Melayu-Muslim tetapi juga oleh pegawai kerajaan, orang Eropah yang tinggal di negeri itu dan juga orang-orang Cina. Malah taukeh-taukeh Cina turut menaja sesebuah kumpulan boria. Perkara ini bukanlah luarbiasa ekoran persahabatan yang telah sekian lama wujud di antara kongsi gelap Cina dengan kongsi gelap Melayu.

Menjelang 1920, terdapat sekurang-kurangnya empat puluh hingga lima puluh pasukan boria di Pulau Pinang yang masing-masing bernaung di bawah Bendera Putih dan Bendera Merah. Di antara pasukan boria di bawah pengaruh Bendera Merah ialah Boria Mukim Jelutong, Boria Kampung Pinang, Boria Bagan Jermal, Boria Jalan Hatin, Boria Sungai Gelugor, Boria Kampung Rawana, Boria Kelawai, Boria Gedung Rumput (sekarang King Street), Boria Kampong Ambun (sekarang Penang Road-Northam Road), Boria Ujung Pancur (sekarang Transfer Road-Northam Road) dan Boria Argyl Road.

Menjelang 1920, terdapat sekurang-kurangnya empat puluh hingga lima puluh pasukan boria di Pulau Pinang yang masing-masing bernaung di bawah Bendera Putih dan Bendera Merah. Di antara pasukan boria di bawah pengaruh Bendera Merah ialah Boria Mukim Jelutong, Boria Kampung Pinang, Boria Bagan Jermal, Boria Jalan Hatin, Boria Sungai Gelugor, Boria Kampung Rawana, Boria Kelawai, Boria Gedung Rumput (sekarang King Street), Boria Kampong Ambun (sekarang Penang Road-Northam Road), Boria Ujung Pancur (sekarang Transfer Road-Northam Road) dan Boria Argyl Road.

Pasukan boria yang berada di bawah pengaruh Bendera Putih pula seperti Boria Titi Papan (sekarang Penang Road-Chowrasta Market), Boria Padang Garam (sekarang Carnavon Street-Kimberley Street), Boria Tanjong Tokong, Boria Air Itam, Boria Kampong Jawa, Boria Kampong Dodol, Boria Kebun Lama, Boria Kampong Makam, Boria Kampong Kolam, Boria Jalan Sampah (sekarang Acheen Street), Boria Lorong Takian (sekarang Ah Quee Street), Boria Kampong Lada (sekarang Armenian Street), Boria Pintal Tali (sekarang Rope Walk) dan Boria Bakar Bata (sekarang Bricklin Road)*(25). Contoh pantun boria yang bersifat cabar mencabar di antara pasukan Bendera Putih dan Bendera Merah adalah seperti berikut:

Nota Hujung

*(23)
"The Boria in Perak," The Malayan Police Magazine, 8 (1), 1935, hlm. 26-7
*(24)
Haji Abu Bakar bin Jaafar (Pak Kan) 1980. "Boria", Siri Mengenal Budaya, Bil. 5, Kuala Lumpur: Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, hlm. 8
*(25)
Mahd. Ishak Abdul Aziz 1979. "Sejarah Boria," Kuala Lumpur: Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia, Lampiran A.

Boria Tanjung Tokong (Bendera Merah)
Kita askhar di Tanjong Janggi
Kerja menanam gandun barley
Masok berniaga di tanah Jawi
Tanjong Tokong sedia menanti

Boria Mukim Kelawai (Bendera Merah)
Badui tua di kaki bukit
Keluar menjaga Masyrik ke Maghrib
Badui Arfah ampunya murid
Mukim Kelawai sedia tauhid

Boria Kampong Jawa (Bendera Putih)
Askar Takrubi kaum bebas
Padang peperangan baharu terlepas
Menangkap negeri terlalu pantas
Di kampong Jawa aturan jelas*(26)

Boria Padang Garam (Bendera Putih)
Askar Yunan Kuantong sama
Sudah 'resi' daripada Cina
Keluar mencari som kom koma
Anak Padang selamat sempurna


Permainan boria meninggalkan kesan buruk kepada masyarakat Melayu-Muslim di Pulau Pinang. Selain daripada memecah-belahkan orang Islam kepada hidup berpuak-puak mengikut kawasan pengaruh kumpulan Bendera, ia menjadikan orang Melayu waktu itu mundur jika dibandingkan dengan bangsa lain. Selama berlangsungnya sambutan Muharram, anak-anak muda ponteng kerja dan kanak-kanak tidak bersekolah. Suami mengabaikan rumahtangga sehingga ada yang dibuang kerja kerana leka bermain boria. Agama Islam semakin tercemar kerana ahli pasukan boria biasanya minum arak sebelum bergaduh dengan pihak lawan*(27). Pengaruh Bendera Putih dan Bendera Merah hanya semakin berkurangan apabila langkah mengawal dan menghapuskan boria dibuat oleh kerajaan dan pemimpin-pemimpin agama di negeri itu menjelang abad ke-20.

KEMBALI KE WARISAN BORIA...






Khamis, 18 Oktober 2007

PERATURAN BORIA

BORIA DAN PERATURANNYA

1. Rangkap karangan hendaklah mengikut sesuatu tema yang ditetapkan. Penghujung setiap ayat di dalam setiap rangkap mestilah beritma A, A, A, A. Dan setip baris ayat dalam sesuatu rangkap seelok-eloknya tidak melebihi enam harakah. Pembentukan karangan memerlukan pengalaman dan penguaaan bahasa dan kesusasteraan serta penulisan puisi. Karangan perlu ada kaitan dengan sketsa. Contohnya jika tema ‘Hari Raya Puasa’ sebahagian contoh rangkap karangannya begini:

1. SELAMAT HARI RAYA, AIDIL FITRI
KEPADA SAUDARA, SERTA SAUDARI
BERAKHIR RAMADHAN, SYAWAL BERSERI
SALAM DARI KAMI, BORIA BISTARI

2. DI BULAN RAMADHAN, DAH TUNAI PUASA
BERAMAL IBADAT, DENGAN SELESA
MENURUT SURUHAN, TUHAN YANG ESA
KINI HARI RAYA, DAH TIBA MASA

3. ZAKAT DAN FITRAH, TUNTUTAN AGAMA
DISAMPING SEDEKAH, JUGA MENDERMA
REZEKI DI BAHAGIKAN, BERSAMA-SAMA
ADA YANG MEMBERI, ADA MENERIMA

Penutupnya pula boleh dikarang begini (Contoh)

15. MAAFKAN KAMI, PENONTON BUDIMAN
RAKAN TAULAN, SAHABAT DAN TEMAN
BANYAKKAN IBADAT, TETAPKAN IMAN
BORIA BISTARI, BERSALAM SALAMAN

Hujung sukukata akhir setiap baris yang bertanda merah hendaklah sama bunyinya setiap rangkap. Contohnya ‘Man’ tidak boleh dicampurkan dengan ‘kan’, ‘lan’, ‘ran’, ‘nan’, ‘pan’ dan sebagainya.

2. Setiap persembahan hendaklah bermula dengan sketsa. Cerita dalam sketsa mestilah sama temanya dengan rangkap karangan. Boleh diwujudkan dalam bentuk komedi atau serius. Kumpulan sketsa boleh juga muncul semula di belakang atau di tepi sailor ketika persembahan lagu boria sambil membawa props yang bersesuaian. Biasanya payung, alat muzik seperti gendang conga, bendera, bunga manggar, tongkat dan lain-lain.

3. Persembahan boria boleh menggunakan alat muzik yang dimainkan secara terus menerus di pentas ataupun ‘minus one’ (dirakamkan terlebih dahulu).

4.Rangkap karangan boria dilagukan oleh seorang tukang karang. Tukang karang menyanyi setiap rangkap sambil memegang tongkat penunjuk. Tukang karang diwajibkan membawa tongkat sebagai identiti boria. Tukang karang juga diwajibkan memakai bengkung sebagai ketua dan identiti boria. Tukang karang bebas melakukan sebarang pergerakkan. Tukang karang haruslah menyanyi ‘live’ (terus menerus) semasa persembahan.

5. ‘Sailor’ atau kelasi boria berdiri di belakang tukang karang. Barisan sailor hendaklah dibuat dua baris. Sailor akan mengulangi rangkap pertama yang dilagukan oleh tukang karang berselang seli dengan tukang karang. Setelah tukang karang melagukan rangkap akhir, sailor akan menyanyikan rangkap terakhir menutup persembahan. Pakaian sailor perlulah seragam. Untuk mendapatkan audio yang baik semasa persembahan, sailor juga boleh merakamkan terlebih dahulu suara dan muzik dan menyanyikan kembali ketika persembahan.

6. Boria tidak ada lagu khas. Apa-apa lagu yang sesuai boleh digunakan.

7. Pakaian boria perlu sesuai dengan tema dan lagu persembahan.

8. Tiga bahagian muzik digunakan dalam struktur persembahan boria, iaitu lagu masuk, lagu persembahan dan lagu keluar. Lagu masuk dan lagu keluar boleh menggunakan melodi yang sama atau berlainan.

9. Gerak tari berpandukan kepada sopan santun budaya Melayu dan koreographinya mesti sesuai dengan melodi.

10. Props boleh digunakan dalam tarian. Antara props yang digunakan ialah payung, alat muzik seperti gendang conga, bendera, bunga manggar, tongkat dan lain-lain.

11. Pakaian harus sesuai dengan tema dan mengikut garisan budaya. Dalam sketsa, lelaki boleh berpakaian perempuan tetapi rupa paras dan suara tidak boleh diubah (tetap lelaki).

12. Aturan persembahan: 1. Sketsa. 2. Lagu Masuk – Sailor masuk, buat dua barisan, tukang karang masuk dan terus ke depan memulakan persembahan. Setelah tukang karang selesai menyampaikan rangkap terakhir, tukang karang mengundur diri dan keluar dulu. Sailor akan mengikut lagu keluar setelah selesai menyanyikan rangkap terakhir.


Bahan dan petikan:
1. Pengalaman sendiri sebagai seorang penggiat dan pengadil boria.. disamping perbincangan dengan penggiat-penggiat boria di Pulau Pinang.
2. Dari Simposium Warisan Boria 2005 Pulau Pinang anjuran KeKWa dan JKKW Negeri Pulau Pinang.
Oleh: Omar Md. Hashim, Penggiat Boria Pulau Pinang
Tel: 019 5161788, 013 4220091 E-mel: omara353535@hotmail.com

SILA KLIK…. UNTUK KEMBALI KE ASAL

PIEE...

PIEE – KISAH HIDUPNYA……

Pie atau Shafiee Jaafar, 74, amat terkenal dengan jenaka loyar buruk. Pie akan menggunakan suku kata yang sama ketika berlawak atau berlakun sketsa boria. Gara-gara loyar buruk itulah, kumpulan Boria Sungai Pinang, Pulau Pinang yang dianggotai Pie berjaya menjadi juara Pertandingan Dendang Rakyat anjuran RTM selama tujuh tahun berturut-turut pada awal 1980-an.

Boria adalah karangan, kata Pie. Kekuatan persembahan boria, menurutnya, bukan terletak pada nyanyian tapi lawak ataupun sketsa yang dipersembahkan oleh pelakon sebelum persembahan tukang karang dan sailor. “Lakonan yang ditonjolkan pelakon merupakan intipati kepada persembahan selepas itu.

Selalunya Pak Pie dan Pak Daud, pemimpin Boria Sungai Pinang, akan buat jenaka tentang isu-isu semasa. Bukan jenaka kosong tapi penuh dengan sindiran,’’ katanya ketika ditemui di lokasi filem Nana Tanjung di Shah Alam baru-baru ini. Pie, yang lebih senang membahasakan dirinya Pak Pie, mula menyertai pasukan boria Sungai Pinang pada tahun 1961 setelah berhijrah ke Tanjung, Pulau Pinang. Sebelum menyertai kumpulan boria, Pie lebih dikenali sebagai penyanyi dengan pancaragam Gurindam Hiburan Parti, Sungai Petani, Kedah.

Kumpulan tersebut sering mengadakan persembahan pada majlis kenduri kahwin. Antara lagu yang sering didendangkan ialah Di Manakan Ku Cari Ganti kerana lagu itu mempunyai maksud yang mendalam pada dirinya.

Bagaimanapun, jodoh Pie dengan kumpulan boria Sungai Pinang tidak berpanjangan kerana masuk sahaja tahun kelapan Pertandingan Dendang Rakyat, dia mengambil keputusan untuk berundur diri. Pie berazam tidak akan bermain boria lagi.
“Masa Pak Pie bersama Boria Sungai Pinang, kumpulan lain ada yang tidak mahu masuk bertanding sebab tahu asyik pasukan kami saja menang. Waktu itu terdapat kira-kira 32 buah kumpulan boria di Pulau Pinang.

“Memang Pak Pie suka boria tapi disebabkan ada orang tertentu yang nak tunjuk pandai dalam kumpulan itu, terus Pak Pie give up. Masa malam pertandingan lagi, Pak Pie cakap pada Pak Daud, menang atau kalau aku tetap nak keluar dan tidak akan main boria lagi,’’ luahnya.

Pak Pie yang pernah berlakon filem Anak Mami, Mami Jarum, Anak Mami, dan Nana Tanjung berkata, sewaktu zaman kemasyhuran Boria Sungai Pinang, dia pernah diundang oleh sebuah universiti untuk mengajar teknik berlawak.

Namun pelawaan itu ditolak dengan baik kerana bagi Pie lawak yang dipersembahkan selama ini bukan boleh dipelajari di mana-mana sekolah. Jelasnya, untuk berlawak seseorang perlu ada bakat dan kebolehan semula jadi. Kata Pie, jenaka yang dipersembahkan tidak boleh dirancang kerana semua perkara perlu dilakukan secara spontan dan yang penting setiap jenaka yang dibuat perlu ada landasan. “Mungkin disebabkan sudah lama berpasangan dengan Pak Daud dan Aman Tok Koya, jadi setiap kata-katanya Pak Pie boleh balas secara spontan. Begitu juga bila bergandingan dengan Pak Maidin. Pak Pie mula kenal dengan Pak Maidin pada tahun 1963. Kami sudah tahu apa yang nak dikatakan.

“Memanglah orang suka lawak Pak Pie yang loyar buruk ini tapi dalam kehidupan seharian mana boleh loyar buruk nanti kena ketuk teruk,’’ katanya sambil berseloroh. Datuk kepada 12 cucu dan seorang cicit itu tidak menggalakkan anak-anaknya mengikut jejaknya menjadi pelawak ataupun pelakon.

Setelah menghilangkan diri begitu lama dalam sketsa boria peminat-peminatnya dapat melihat kemunculannya berjenaka dalam sebuah sketsa boria dengan pelawak Imuda dalam salah satu majlis menerusi siaran langsung TV1 RTM bulan Januari lalu.

KLIK UNTUK KEMBALI KE ASAL…



TANG MANA ADA BORIA?

*(15 Oktober 2007) Isnin jam 9.00 malam, Kumpulan Boria Budayasari Pulau Pinang mengadakan persembahan di Majlis Makan Malam anjuran PERKIM di Perkim Goon, Pulau Pinang. Tetamu ialah Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Tajuk cerita 'PERKIM, HARI RAYA DAN PULAU PINANG'. Tukang Karang - Hafizi (Gee). Sketsa oleh Kumpulan Mamu Tanjong.

*(13 Oktober 2007) Sabtu jam 3.30 petang, Kumpulan Boria Jabatan Penjara Alor Setar, Kedah Darul Aman telah mempersembahkan boria bertajuk "HARI RAYA AIDIL FITRI" di radio Mutiara FM Pulau Pinang. Disiarkan sempena pada hari raya pertama. Sketsa dan karangan berkisar mengenai sambutan hari raya.

*(30 September 2007) Ahad jam 3.30 petang, Ikuti persembahan boria Kumpulan Budayasari di Mutiara FM (RTM Pulau Pinang). Kisah bertajuk 'Integriti Nasional'. Tukang Karang: Gee. Sketsa: Omar, Yusof, Bakar dan Sharifah. Tunggu masa siarannya!

*(7 September 2007) Jumaat, Kelab KWSP telah mengadakan pertandingan Boria KWSP 2007 bertempat di Tkt 26 Bg KWSP, Jln Raja Laut, Kuala Lumpur. Sebanyak 5 buah kumpulan yang terdiri dari kakitangan KWSP menyertai pertandingan ini. Pengadil dari Pulau Pinang En. Omar M. Hashim (Omara) dan En. Yusof Hashim (Pak Kojek).

*(31 Ogos 2007) Jumaat, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari telah membuat persembahan di perkarangan Pangsapuri Taman Free School, Pulau Pinang. Sketsa Chop dan Baee.

*(30 Ogos 2007) khamis, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari turut serta dalam persembahan Di Ambang Merdeka yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Sketsa oleh Maidin, Chop dan Chick.

*(24 Ogos 2007) jumaat, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari telah mempersembahkan boria di Majlis Makan Malam Kembara Merdeka anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan bertempat di Sandy Beach Hotel, Tanjong Bunga, Pulau Pinang. Sketsa oleh Baee, Chop, Sharifah dan Omara.

*(19 Ogos 2007) ahad, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari bersama-sama dengan kumpulan sketsa Mamu Tanjung membuat persembahan boria di perkarangan Komtar Pulau Pinang. Disiarkan secara terus menerus melalui Selamat Pagi Malaysia TV1 jam 9.00 pagi sempena Terjunan Menara di Komtar.

*(13 Ogos 2007) isnin, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari telah mempersembahkan boria sempena Majlis Jamuan Meraikan Harijadi TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang anjuran PDRM Pulau Pinang bertempat di EQ Hotel, Bukit Jambul, Pulau Pinang. Sketsa oleh Kumpulan Mamu Tanjung.

*(12 Ogos 2007) ahad, Kumpulan Boria 4B Kepala Batas telah mempersembahkan boria dalam majlis pelancaran Gerak Gempur Pergerakan Pemuda UMNO dan Gerak Kerja Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kepala Batas.

*(10 Ogos 2007) jumaat, Kumpulan Boria Angkatan Budayasari dan Kumpulan Boria Suditari Mengkuang Titi, Bukit Mertajam mempersembahkan boria di Malam Citrawarna anjuran Persatuan Persahabatan Rakyat Xiamen Terhadap Luar Negara bertempat di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang. Sketsa oleh (Yusof M. Hashim) Pak Kojek.

KLIK DI SINI UNTUK KEMBALI KE ASAL…..



Rabu, 23 Mei 2007